MYNEWSHUB |
Berita Online Terhangat Malaysia |
Johnny Depp Dipilih Wakili Jenama Wangian Dior
6/4/2015 12:56:22 AM
BUAT pertama kali dalam sejarah kerjayanya, pelakon berbakat besar, Johnny Depp mengambil tawaran bergelar muka baharu bagi mewakili jenama minyak wangi lelaki keluaran syarikat gergasi dari Perancis, Dior.
Wangian yang bakal diwakili aktor berusia 52 tahun itu nanti walau bagaimanapun masih lagi dirahsiakan dan ini merupakan percubaan pertama Dior mengeluarkan wangian untuk lelaki.
Wangian tersebut bakal dilancarkan pada 1 September ini.
Wangian itu akan dihasilkan oleh pereka wangian, Francois Demachy yang juga merupakan pereka untuk produk Dior Homme dan Miss Dior.
Penglibatan aktor lelaki dalam strategi pemasaran wangian bagi jejaka bukanlah satu perkara baharu dan tahun ini sahaja terdapat beberapa nama besar Hollywood yang turut terpilih bagi mewakili sesuatu jenama besar.
Antaranya pelakon British Theo James bagi wangian Bottled Intense by Boss, Liam Hemsworth untuk wangian Diesel, Only The Brave dan Colin Farrell pula mewakili jenama Intenso by Dolce & Gabbana. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: JASMIN
True or False with Johnny Depp
Komen
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Johnny Depp Dipilih Wakili Jenama Wangian Dior"