IKIM Terbit Enam Buku Pemahaman Islam

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

IKIM Terbit Enam Buku Pemahaman Islam
6/13/2015 2:23:28 AM

KUALA LUMPUR – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menerbitkan enam lagi buku berkaitan Islam dalam usahanya meningkatkan kefahaman masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini tetang Islam.

Menurut IKIM, buku terbaru terbabit merangkumi kepentingan kewangan, makanan sunnah dan sains, era bioteknologi, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam Islam.

"IKIM berpendapat hanya dengan membaca buku yang serius akan memajukan masyarakat. Budaya tabiat membaca bahan-bahan picisan tidak akan membawa masyarakat maju ke hadapan.

"Islam agama yang lengkap amat menuntut umatnya menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa. Apatah lagi, agama Islam telah menyediakan segala ilmu untuk membina hidup dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.

"Namun begitu, semua ini tidak akan dapat dicapai tanpa menyemai dan membaca buku-buku yang membuat kita berfikir dengan serius," kata IKIM dalam satu kenyataan media hari ini.

Kata kenyataan itu, sebanyak 127 buku Bahasa Melayu, 58 buku Bahasa Inggerisdan 24 jurnal IKIM serta empat jilid Tahfim IKIM Journal of Islam and the Contemporary World telah diterbitkan oleh IKIM sejak 23 tahun lalu.

Justeru, IKIM akan terus komited untuk terus menerbitkan buku bersifat ilmiah dan separa ilmiah sebagai rujukan orang ramai yang menjurus kepada ajaran Islam dalam pelbagai ruang lingkup kehidupan.

Tambah kenyataan itu, buku-buku terbabit boleh dibeli melalui atas talian e-kiosk.ikim.gov.my, Galeri Penerbit IKIM, Kedai Buku 1Malaysia dan Kedai Buku Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

"Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari portal IKIM di www.ikim.gov.my dan Facebook IKIM," kata kenyataan itu. – mynewshub.cc

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "IKIM Terbit Enam Buku Pemahaman Islam"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info