Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Gegaran kuat ketika taklimat kepada Muhyiddin
6/7/2015 2:43:40 AM
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama orang kenamaan lain termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dibawa keluar dari bilik taklimat berikutan gegaran kuat pada jam 1.35 tengah hari tadi. – Foto NSTP
RANAU: Taklimat tragedi gempa bumi Sabah yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Restoran Liwagu di sini terpaksa dihentikan akibat gegaran kuat jam 1.35 tengah hari tadi.
Keadaan itu mencetuskan situasi cemas sehingga Muhyiddin dibawa keluar dari bilik taklimat.
Beliau bersama orang kenamaan lain termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman kemudian berkumpul di kawasan lapang di luar restoran.
Sidang media beliau kemudian diadakan di luar restoran berkenaan berikutan faktor keselamatan.
Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Gegaran kuat ketika taklimat kepada Muhyiddin"