England & Wales Tetapkan Larangan Ibu Bapa Merokok Dalam Kereta Yang Dinaiki Bersama Anak

 

 

Siakap Keli News

England & Wales Tetapkan Larangan Ibu Bapa Merokok Dalam Kereta Yang Dinaiki Bersama Anak
6/2/2015 10:12:00 PM



Pihak berkuasa England dan Wales telah menguatkuasakan undang-undang baru di mana mereka melarang ibu bapa merokok di dalam kereta yang dinaiki jika terdapat anak-anak di dalam kereta tersebut.

Bagi mana ibu bapa yang ingkar mematuhi larangan tersebut akan didenda sebanyak £50 iaitu bersamaan RM282.47.

Undang-undang tersebut telah dipersetujui oleh beberapa ahli politik Wales pada Selasa (semalam) dimana seramai 46 orang ahli politik dewan parlimen bersetuju dan hanya seorang membantah.

England dan Wales akan menguatkuasakan undang-undang tersebut bermula 1 Oktober ini.

Dalam satu kajian yang dijalankan mendapati lebih setengah juta kanak-kanak menghidu asap rokok ibu bapa mereka di dalam kereta dalam tempoh seminggu.

Mereka yang terdiri daripada paka-pakar kesihatan berpendapat tabiat merokok di dalam kereta memberi impak yang lebih besar kepada kanak-kanak kerana ruang di dalam kereta lebuh terhad berbanding di dalam rumah.

Jika tingkap dibuka ia akan melepaskan sebanyak 4000 bahan kimi ke udara selepas rokok dinyalakan dan asap tersebut boleh berada di udara selama empat jam boleh menyebabkan risiko penyakit asma dan radang paru-paru terhadap orang awam. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "England & Wales Tetapkan Larangan Ibu Bapa Merokok Dalam Kereta Yang Dinaiki Bersama Anak"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info