Broker tanah bunuh anak tiri ke tali gantung

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Broker tanah bunuh anak tiri ke tali gantung
6/5/2015 3:59:38 PM

Broker tanah bunuh anak tiri ke tali gantung

AZMAN (tengah) diiringi pegawai polis selepas dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Melaka. – Foto Muhammad Hatim Ab Manan

MELAKA: Seorang broker tanah dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini hari ini, selepas didapati bersalah membunuh anak tiri lelaki, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Zulkifli Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Azman Abdul Rahman, 41, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dari Lubok Cina, Linggi, Alor Gajah, didakwa membunuh Muhammad Firdaus Mohd Dan, 6, di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Solok Pinang, Gadek, Alor Gajah, kira-kira jam 3.30 petang, 10 Oktober 2011.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nurfarhana Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hilmy Samsudin.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Broker tanah bunuh anak tiri ke tali gantung"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info