Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
BNM mula siasatan formal ke atas 1MDB
6/3/2015 7:53:14 AM
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) memulakan siasatan formal ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi meneliti sama ada berlaku pelanggaran peraturan dan perundangan Bank Pusat.
"Ini membabitkan arahan perundangan bagi mendapatkan maklumat daripada entiti," kata BNM dalam satu kenyataan hari ini.
BNM juga akan mengambil kenyataan daripada individu yang terbabit dalam proses tadbir urus dan mendapatkan maklumat daripada pihak domestik dan luar negara yang berkaitan.
Selain itu, BNM berkata ia sudah mengemukakan maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa luar negara kepada agensi penyiasatan berkenaan selepas mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa asing.
"Bank Pusat ingin menekankan bahawa pendedahan lanjut butir-butir penyiasatan boleh menjejaskan hasil siasatan.
"Bank Pusat melakukan segala-galanya dalam bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah perundangannya, termasuk bekerjasama dengan agensi-agensi lain, untuk menyumbang ke arah penyelesaian segera perkara itu," katanya. – BERNAMA

Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "BNM mula siasatan formal ke atas 1MDB"