Awas! Adakah Anda Pakai Korset Pelangsingan?

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Awas! Adakah Anda Pakai Korset Pelangsingan?
6/7/2015 9:33:34 AM

Awas! Adakah Anda Pakai Korset Pelangsingan?

Awas Adakah Anda Pakai Korset Pelangsingan

Awas! Adakah Anda Pakai Korset Pelangsingan? | Meski pun berasa terseksa dan sukar bernafas, namun ternyata korset tetap menjadi pilihan utama untuk membuat perut terlihat lebih kecil dan rata, khususnya bagi anda para wanita. Sesungguhnya, penggunaan korset dalam jangka panjang juga dapat mempengaruhi kesihatan seseorang. Mungkin ramai sudah mengetahui kesan sampingnya, demi kelihatan langsing banyak orang tetap mengenakan korset.

Ramai wanita percaya bahawa dengan menggunakan korset dapat membantu menurunkan berat badan. Penggunaan korset memang memiliki manfaat bagi para pemakainya, seperti pinggang yang terlihat lebih kecil, pinggul dan pay udara yang lebih mantap serta postur tubuh badan yang kelihatan lebih menarik. Korset dipercayai dapat membuat bentuk tubuh yang lebih baik, menjadi ia industri yang benar-benar menguntungkan dan banyak dijual di pasaran dengan berbagai macam manfaat untuk memperbaiki bentuk tubuh.

Sayangnya, masalah yang kerap dihadapi adalah seseorang apabila tidak mempedulikan kesan buruknya. Dalam dunia perubatan sendiri, korset hanya digunakan sesuai dengan keperluan sahaja dan bukan digunakan sebagai pakaian yang dipakai setiap masa. Korset juga tidak boleh digunakan oleh sembarang orang, khususnya mereka yang menderita hernia dan orang yang memiliki bekas luka.

Pemakaian korset juga sebenarnya dapat menimbulkan sesak nafas dan pergerakan anda menjadi terbatas sekaligus anda berasa tidak selesa . Selain itu, korset dapat menghalang masuknya oksigen untuk mengisi paru-paru. Akibatnya, para penggunanya cenderung bernafas pendek dan hanya mencapai bahagain atas paru-parunya hingga menyebabkan munculnya lendir dan batuk.

Seiring perjalanan waktu, penggunaan korset dalam jangka panjang membuat otot-otot punggung dibagian bawah dipaksa untuk turut memberikan sokongan tambahan dengan ketatnya korset yang dikenakan. Hal tersebut tentu saja berpengaruh pada terhentinya pertumbuhan tulang belakang kerana tidak mendapatkan sokongan yang cukup.

Doktor memberi amaran risiko paling parah akibat dari pemakaian korset dalam waktu jangka masa panjang adalah chlorosis (greensickness) dengan kesan tanda kulit menjadi putih kehijauan yang akibat kerana adanya gangguan hempedu. Selain itu seorang doktor Manish Motwani, pakar bedah menjelaskan bahawa penggunaan korset juga akan menyebabkan radang kulit, seperti kulit menjadi kemerahan. Kesan buruknya juga dapat terjadi pada tulang rusuk yang boleh membawa keretakkan tulang akibat adanya tekanan yang begitu tinggi dari penggunaan korset yang begitu ketat.

Kesan Pemakaian Korset

1) Berisiko tinggi menghidapi Lemah Kawalan Kencing (LUL)

Ada pakar mendapati, wanita yang mahu memakai korset untuk kelihatan langsing berisiko tinggi menghidapi Lemah Kawalan Kencing (LUL). Penggunaan korset dikatakan, menekan bahagian bawah perut dan lama-kelamaan ia tidak dapat menahan tekanan berkenaan.

Bagi wanita mahu tampak susuk tubuh sempurna mereka tidak kisah semua itu dan sedia menyarungnya sehari suntuk meskipun terpaksa menanggalkan dan mengenakan semula selepas kencing. "Ada wanita yang malas dan menahan saja kencing sehingga mengganggu sistem saraf pundi kencing".

2) Ketidakselesaan untuk bernafas

Penggunaan yang berpanjangan boleh menyebabkan tahap oksigen yang rendah dalam badan, sehingga menyebabkan keletihan, pening dan mual.

Kesannya pada organ ruang paru-paru terbatas untuk mengembang sepenuhnya apabila bernafas dan terpaksa bekerja lebih. Ia akan cepat penat dan letih melampau yang menyukarkannya berfungsi sempurna dan berdegup laju.

3) Mengurangkan selera makan

Memakai korset meletakkan tekanan ke atas perut serta ukuran pinggang seseorang. Ia menyebabkan kesukaran untuk makan berlebihan dan sekaligus mengurangkan selera makan.

4) Mempengaruhi organ dalaman badan wanita

Menyebabkan tekanan atau kompresi terhadap rongga dada yang dapat mempengaruhi organ dalaman seperti hati, paru-paru dan jantung dan kelainan pada bentuk fizikal tubuh misalnya tekanan pada perut akan terjadinya benjolan di bahagian tubuh lain.

5) Penyebab penyakit Chlorosis (greensickness)

Penyebab kepada chlorosis (greensickness) iaitu kulit menjadi putih kehijauan yang disebabkan adanya gangguan pada hempedu.

Kesimpulannya, tidak salah jika anda mahu kelihatan ramping, namun soal kesihatan perlu dititikberatkan kerana tidak guna tampil cantik tetapi memudaratkan kesihatan. Pemakaian korset secara sembarangan, tidak mengikut keperluan, saiz dan keupayaan diri sebenarnya boleh membawa risiko tidak diundang seperti di atas.

Warna pilihan : Hitam | Putih | Coklat (nude)Cadangan saya bagi mereka yang ingin memakai korset dengan beralih kepada Camishaper. Camishaper merupakan korset yang SELAMAT digunakan. Camishaper bukan seperti korset yang kita bayangkan sekarang. Camishaper merupakan pakaian korset wanita yang mampu membentuk badan anda dalam masa sama memberikan keselesaan yang optimum.

Maklumat lanjut, sila KLIK di sini -> Apa Itu Camishaper

The post Awas! Adakah Anda Pakai Korset Pelangsingan? appeared first on Viral Cinta.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Awas! Adakah Anda Pakai Korset Pelangsingan?"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info