Jenazah malim gunung selamat dikebumikan

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Jenazah malim gunung selamat dikebumikan
6/7/2015 9:53:52 AM

Jenazah malim gunung selamat dikebumikan

MAYAT Robbi di Hospital Ranau untuk dibawa pulang ke rumah keluarganya di Kampung Kiau Nuluh, Kota Belud. – Foto Edmund Samunting

RANAU: Jenazah Robbi Sapinggi, malim gunung yang terkorban dalam kejadian gempa bumi Jumaat lepas, selamat disemadikan di tanah perkuburan Kiau Nulu.

Mendiang disemadikan kira-kira 3 petang tadi dengan dihadiri lebih 100 ahli keluarga dan sahabat handai.

Abang mendiang, Billy Sapinggi, 32, berkata pemergian adiknya memberi kesan yang mendalam terhadap mereka sekeluarga.

"Kami sangat terkejut dengan pemergian mendiang. Kami tidak menyangka kejadian gempa bumi itu menggorbankannya.

"Kami sekeluarga tetap menerima takdir yang menimpa mendiang dan kami berharap mendiang dapat bersemadi dengan tenang di sana," katanya.

Sementara itu, Billy yang juga bekerja sebagai malim gunung berkata, kejadian yang menimpa mendiang adiknya itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus bekerja sebagai malim gunung.

"Selepas ini saya akan terus berkhidmat sebagai malim di Gunung Kinabalu," katanya.

BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Jenazah malim gunung selamat dikebumikan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info