100 anggota CMT RELA dihantar ke Sabah

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

100 anggota CMT RELA dihantar ke Sabah
6/7/2015 9:02:12 AM

100 anggota CMT RELA dihantar ke Sabah

KETUA Pengarah RELA, Lukeman Saaid bersalaman dengan anggotanya di Politeknik Nilai, semalam. – Foto Wan Nur Amirah Wan Mohd Redza

BANDAR BARU NILAI: Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menghantar dua Pasukan Pengurusan Krisis (CMT) ke kawasan terjejas ekoran gempa bumi di Sabah.

Ketua Pengarahnya, Lukeman Saaid, berkata dua pasukan dengan kekuatan 100 anggota terlatih itu dihantar ke Ranau dan Kota Kinabalu.

"Mereka menjadi kumpulan RELA pertama dihantar ke sana dan akan memberi maklumat mengenai perkembangan semasa. Kita akan menghantar lebih banyak pasukan jika keadaan memerlukan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perjumpaan dan Pemakaian Pangkat Ahli Bersekutu RELA di Politeknik Nilai, di sini, semalam.

Lukeman berkata, RELA mempunyai 156 pasukan CMT termasuk 50 orang pakar dalam pelbagai bidang yang berada dalam keadaan sedia untuk digerakkan ke seluruh negara.

Katanya, RELA turut membantu mengagihkan makanan, pakaian dan barangan keperluan lain yang disalurkan jabatan serta agensi kerajaan selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "100 anggota CMT RELA dihantar ke Sabah"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info