2 Maut Kereta Terbabas Selepas Rai Gawai

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

2 Maut Kereta Terbabas Selepas Rai Gawai
6/3/2015 9:28:02 PM

SIBU – Dua maut di tempat kejadian apabila kereta yang mereka naiki terbabas ke dalam longkang di Jalan Salim-Stabau di sini pada awal pagi ini.

Menurut jurucakap polis di tempat kejadian, kemalangan pada 2.30 pagi itu membabitkan pemandu kereta tersebut Felix Ningkan Kuri, 32, dan penumpang kereta, Mary Pala Manggai, 29.

Polis bagaimanapun tidak dapat mengesahkan hubungan antara kedua-dua mangsa.

Kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan balik selepas meraikan Hari Gawai Dayak di Durin dan menuju ke arah Jalan Salim semasa kejadian.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Sibu.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke hospital itu untuk bedah siasat. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "2 Maut Kereta Terbabas Selepas Rai Gawai"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info