AC Mizal Pernah Minum Air Paip Ketika Di Zaman Susah

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

AC Mizal Pernah Minum Air Paip Ketika Di Zaman Susah
6/12/2015 10:38:50 PM

SETELAH berpuluh tahun menghambakan diri dalam industri seni tempatan, akhirnya kesungguhan Dato AC Mizal berjaya menampakkan hasilnya.

Dengan penubuhan stesen radio online, Peace Yall FM, akhirnya semua penat lelah selebriti lelaki ini berbayar.

Berkongsi cerita mengenai zaman sukarnya, jangan tak tahu AC pernah minum air paip sahaja untuk mengalas perut semasa makan tengahari.

Ini disebabkan, dia terpaksa berjimat untuk membayar bil bersalin anak pertamanya bersama Emylia Rosnaida.

Memetik Berita Harian, AC berkongsi cerita, "Setiap kali masa rehat, kawan-kawan ajak keluar makan dan saya akan cakap sudah kenyang. Sedangkan saya hanya meneguk air paip sebab nak kumpul duit untuk bayar bil bersalin. Pada mulanya, doktor beritahu isteri akan bersalin normal, entah macam mana Emylia perlu dibedah."

"Ketika itu saya memang kusut dan runsing sebab duit hanya cukup untuk menjelaskan bil bersalin normal.

"Saya memang tak ada duit langsung sampaikan terpaksa bagi isteri pakai baju saya. Ini kerana saya tak mampu hendak beli baju kehamilan. Ketika itu, simpanan cuma ada RM1,000 untuk kos bersalin.

"Apabila doktor cakap perlu dibedah, saya memang tak tidur lena sehinggakan terpaksa tidur di bawah katil hospital memikirkan duit. Ini kerana kawan-kawan yang rapat dengan saya semuanya menghilangkan diri," luahnya lagi.

Berkat kesabarannya, kini AC sudah boleh menarik nafas lega dengan legasi yang dibinanya.

Semoga AC terus sukses dalam kerjaya dan sentiasa merendah diri seiring dengan kejayaan kini. – MYNEWSHUB.CC

Dato' AC Mizal vs Pitbull kat JoHaRa Pagi ERA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "AC Mizal Pernah Minum Air Paip Ketika Di Zaman Susah"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info