PM lawat Arab Saudi atas undangan Raja Salman

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

PM lawat Arab Saudi atas undangan Raja Salman
6/5/2015 10:38:09 AM

PM lawat Arab Saudi atas undangan Raja Salman

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – Foto AFP

JEDDAH: Hubungan antara Malaysia dengan Arab Saudi akan mencapai tahap baru selepas lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke sini mulai esok.

Duta Malaysia ke Arab Saudi, Zainol Rahim Zainuddin yakin hubungan Kuala Lumpur dan Riyadh akan bertambah erat kerana pertemuan di sini adalah atas jemputan Raja Salman Abdulaziz al-Saud kepada Perdana Menteri.

"Lawatan Perdana Menteri adalah undangan daripada Raja baru Arab Saudi.

"Tujuan utama ialah mengeratkan lagi hubungan lebih 58 tahun antara kedua-dua negara," katanya.

Jemputan ini adakah kali pertama daripada pemimpin Arab Saudi dan ini satu penghormatan kepada negara khususnya Perdana Menteri, katanya lagi.

Satu lagi petunjuk hubungan kedua-dua negara semakin rapat ialah penganugerahan kontrak mengurus sistem metro Arafah ke Mina kepada Prasarana Malaysia Bhd bernilai 807 juta riyal (RM767 juta).

Perdana Menteri akan turut melawat stesen metro Al Mashaaer Al Mugaddasah pada hari kedua lawatan.

Zainol berkata, pemberian kontrak metro kepada Prasarana satu petunjuk jelas keyakinan Arab Saudi kepada Malaysia sebagai salah satu negara sahabat dan paling rapat dengannya.

Ia juga melambangkan bahawa Riyadh mahupun dunia memandang positif masyarakat perniagaan Malaysia.

Ketika lawatannya, Perdana Menteri dan isteri akan menunaikan Umrah selain merasmikan restoran D'Saji di Jeddah.

Beliau turut diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jalil Khir Baharom selain pegawai kanan jabatan lain.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "PM lawat Arab Saudi atas undangan Raja Salman"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info