14,000 kakitangan MAS dapat tawaran sertai MAB

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

14,000 kakitangan MAS dapat tawaran sertai MAB
6/1/2015 8:44:56 AM

14,000 kakitangan MAS dapat tawaran sertai MAB

PEKERJA- pekerja MAS melakukan tugas seperti biasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. – Foto BERNAMA

SEPANG: Penerbangan Malaysia (Malaysian Airline System Bhd – MAS) menghantar surat penamatan perkhidmatan kepada 20,000 kakitangannya bermula hari ini, disusuli surat tawaran kepada 14,000 kakitangan untuk menyertai entiti baharu Malaysian Airlines Bhd (MAB).

MAB ialah entiti baharu yang ditubuhkan pemilik MAS iaitu Khazanah Nasional Bhd untuk mengambil alih kontrak, aset dan liabiliti syarikat penerbangan nasional itu dalam usaha untuk memulihkannya bagi meraih semula keuntungan.

Bakal Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Christoph Mueller, dalam satu taklimat hari ini berkata 14,000 pekerja yang menerima surat tawaran akan diberikan masa 12 hari untuk memutuskannya manakala pekerja yang memutus untuk menyertai MAB akan mula bekerja dengan entiti baharu itu bermula 1 September.

Menyifatkan proses penyusunan semula MAS itu sebagai "pemulihan semula yang sukar', beliau berkata model perniagaan MAB akan sebahagian besarnya komersial dengan harapan syarikat penerbangan itu akan bangkit semula menjelang 2017.

Penyusunan semula kapasiti termasuk penamatan perkhidmatan kakitangan, adalah sebahagian daripada pelan pemulihan 12 perkara MAS yang diumumkan Khazanah dalam usaha untuk mengekang kos.

Mueller yang kini adalah Ketua Pegawai Eksekutif MAS, berkata berdasarkan unjuran semasa MAB akan pulang modal menjelang 2018.

Katanya, antara faktor yang akan memberi kesan kepada rancangan pemulihan MAS termasuk turun naik ringgit berbanding dolar AS sejak enam bulan lalu dan ketidaktentuan harga bahan bakar sejak setahun lalu.

Syarikat penerbangan baharu akan dibahagikan kepada tiga jabatan iaitu operasi, fungsi sokongan serta pembangunan dan pembelajaran dengan keseluruhan sebanyak 12 anak syarikat.

Mueller berkata, secara keseluruhannya MAB akan melaksanakan pelbagai program perniagaan yang rumit bagi menstruktur semula syarikat penerbangan negara itu, dengan ditunjangi oleh tiga teras utama.

Beliau berkata, teras paling penting ialah kos, kerana ia tidak berdaya saing dan 20 peratus terlalu tinggi daripada sewajarnya. Ia mempengaruhi proses pemerolehan kerana syarikat mempunyai 20,000 pembekal yang sepatutnya hanya berjumlah 2,000 hingga 2,500.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "14,000 kakitangan MAS dapat tawaran sertai MAB"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info