Wei Feng wakil tunggal perseorangan lelaki Terbuka Australia

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Wei Feng wakil tunggal perseorangan lelaki Terbuka Australia
5/26/2015 2:13:02 PM

Wei Feng wakil tunggal perseorangan lelaki Terbuka Australia

PEMAIN badminton negara, Chong Wei Feng. – Foto Osman Adnan

KUALA LUMPUR: Pemain badminton negara, Chong Wei Feng menjadi wakil tunggal Malaysia dalam undian utama acara perseorangan lelaki pada kejohanan Terbuka Australia 2015 yang berlangsung di Sydney, Australia.

Wei Feng yang terpaksa menyerahkan slot untuk beraksi pada Kejohanan Dunia, kepada Datuk Lee Chong Wei, mara ke saingan undian utama selepas menumpaskan dua lawannya pada pusingan kelayakan.

Wei Feng, 27, mengalahkan pemain Jepun, Riichi Takeshita 21-19, 21-7 pada perlawanan pusingan awal dan mencatat kemenangan 21-9, 21-11 ke atas pemain Australia, Michael Fariman pada perlawanan kedua.

Wei Feng yang kini berada pada kedudukan ke-32 dalam ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dijangka berdepan pemain di ranking ke-16 dunia dari Korea Selatan, Lee Yun Il dalam aksi undian utama, esok.

Sementara itu, Zulfadli Zulkifli dan Al Wei Jian gagal melepasi pusingan pertama aksi kelayakan apabila tumpas kepada lawan masing-masing, manakala Mohd Arif Abdul Latiff ditunjuk jalan keluar pada pusingan kedua aksi kelayakan dalam acara perseorangan lelaki.

Dalam pada itu, Tee Jing Yi dan pemain bebas, Lydia Cheah meneruskan cabaran Malaysia dalam undian utama acara perseorangan wanita selepas menewaskan lawan masing-masing.

Jing Yi mengalahkan pemain Australia Melinda Sun 21-11, 21-15, manakala Lydia Cheah mengambil masa 24 minit untuk menumpaskan Jamie Subandhi dari Amerika Syarikat dengan 21-15, 21-11.

Bagi acara beregu lelaki, pasangan Mak Hee Chun-Teo Kok Siang dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mara ke undian utama, untuk menyertai gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang akan beraksi dalam perlawanan pembukaan menentang pasangan Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Vivian Hoo-Woon Khe Wei pula dijangka berdepan pilihan ketiga, Reika Kakiiwa-Miyuki Maeda dari Jepun, manakala Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho akan menentang pasangan Thailand Duanganong Aroonkesorn-Kunchala Voravichitchaikul dalam acara beregu wanita.

Beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying meneruskan aksi terbaik mereka pada Piala Sudirman, dengan mara ke undian utama Terbuka Australia selepas mengetepikan cabaran pasangan Jepun Kenta Kazuno-Ayane Kurihara dalam perlawanan pembukaan, sebelum mengalahkan gandingan tuan rumah, Robin Middleton/Leanne Choo pada pusingan kedua.

Peng Soon-Liu Ying akan berdepan pasangan Korea Selatan Shin Baek Choel-Chae Yoo Jung dalam undian utama. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Wei Feng wakil tunggal perseorangan lelaki Terbuka Australia"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info