Suspek Culik Budak Untuk Dijadikan Peminta Sedekah Berjaya Ditangkap

 

 

Siakap Keli News

Suspek Culik Budak Untuk Dijadikan Peminta Sedekah Berjaya Ditangkap
5/25/2015 9:08:00 PM



KOTA BHARU: Seorang lelaki berusia 22 tahun yang giat menjalankan aktiviti menculik budak untuk dijadikan penggemis telah berjaya ditangkap orang ramai berdekatan Masjid Muhammadi, di sini, pagi semalam.

Lelaki tersebut berasal dari Terengganu telah berjaya ditangkap orang ramai kira-kira jam 10.20 pagi selepas dia cuba melarikan seorang budak lelaki berusia 7 tahun.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata suspek terbabit kini masih dalam tahanan dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman pagi esok.

Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.

"Polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengesan samada lelaki ini terbabit dalam mana-mana sindiket.

"Siasatan awal yang dilakukan polis percaya kemungkinan dia bergerak secara bersendirian. Namun siasatan akan diteruskan dan disebabkan itulah kita perlukan perintah reman untuk siasatan dijalankan," katanya pada sidang media di IPPK Kelantan.

Menurut Mazlan ketika ditahan tiada mangsa lain bersamanya selain kanak-kanak berumur 7 tahun tersebut mungkin kerana ketika itu masih awal pagi kita percaya kemungkinan wujud pihak lain bersamanya.

Mengenai kes yang disiasat sekarang, kita percaya suspek terjumpa mangsa di Masjid dan terus dibawa lari.

"Polis kini sedang siasat di mana tempat tinggal lelaki ini tinggal walaupun siasatan awal mendapati dia seperti gelandangan.

"Kita juga mendapati tiada sebarang maklumat termasuk kad pengenalan pada dirinya tetapi latar belakangnya akan disiasat dengan lebih lanjut," katanya.


Kanak-kanak yang cuba dilarikan, Aiman Kamarulzaman telah menceritakan detik-detik semasa dia cuba diculik dimana dia dibawa ke satu kawasan gelap. Dia telah dipukul dengan buluh di kaki dan belakang oleh remaja berkenaan.

"Saya tidak diberi makan dan minum sepanjang ditahan termasuk dipaksa tidur di merata tempat.

"Selain saya, ada beberapa lagi kanak-kanak lain yang dipercayai turut dipaksa menjadi peminta sedekah namun saya tidak mengenali mereka," katanya yang ditemani bapa, Kamarolzaman Mohamad, 50, peniaga di Pasar Siti Khadijah, di sini. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Suspek Culik Budak Untuk Dijadikan Peminta Sedekah Berjaya Ditangkap"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info