RM200 juta bina 11 klinik desa di Kelantan

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

RM200 juta bina 11 klinik desa di Kelantan
5/29/2015 11:27:34 PM

RM200 juta bina 11 klinik desa di Kelantan

TIMBALAN Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya. – Foto Ahmad Irham Mohd Noor.

GUA MUSANG: Kementerian Kesihatan memperuntukkan RM200 juta bagi membina 11 klinik desa di Kelantan, yang musnah akibat banjir pada Disember tahun lalu, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.

Beliau berkata, pembinaannya telah dimulakan secara berperingkat dan dijangka siap tidak lama lagi kerana kerajaan faham masalah itu perlu di atasi segera untuk kemudahan rakyat.

"Kerajaan faham masalah itu perlu di atasi segera untuk kemudahan rakyat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Perintis Air Terawat di Kampung Star, di sini, semalam.

Katanya, sementara menunggu pembinaan klinik baharu siap, pihak kementerian membina khemah sebagai klinik sementara untuk penduduk mendapatkan rawatan harian.

Beliau berkata, khemah berkenaan akan diganti dengan kabin bagi memberi rawatan yang lebih sempurna dan selesa kepada orang ramai.

Mengenai projek perintis air terawat itu, Dr Hilmi berkata, projek terbabit hasil kerjasama Kementerian Kesihatan serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk membekalkan air bersih kepada 1,500 penduduk kampung berkenaan.

"Projek itu adalah yang pertama di negara ini dan jika ia berjaya akan turut dilaksanakan pula di kampung lain di negara ini. Ia menggunakan teknologi moden dan canggih bagi menghasilkan air yang bersih hingga tidak perlu dimasak serta boleh diminum terus," katanya. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "RM200 juta bina 11 klinik desa di Kelantan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info