Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Penyokong Spurs ambil kesempatan temu pemain bintang
5/26/2015 12:27:44 PM
PEMAIN Tottenham Hotspur, Andros Townsend (kanan) berselfie bersama peminat selepas sesi latihan sempena perlawanan persahabatan menentang Harimau Malaya di Stadium Shah Alam. – Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
PETALING JAYA: Penyokong kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham Hotspur dari empat negara termasuk Malaysia, berpeluang bertemu dengan pasukan berkenaan di sini hari ini.
Pengerusi Kelab Penyokong Spurs Malaysia, Syahizan Wahab berkata walaupun Tottenham Hotspur bukan pilihan utama penyokong kelab EPL di negara ini, kehadiran pasukan elit di England, perlu dihargai peminat bola sepak tempatan.
"Saya rasa peminat bola sepak Malaysia secara amnya harus berasa teruja dengan kedatangan mana-mana pasukan EPL ke Malaysia kerana peluang beraksi menentang kelab EPL bertaraf dunia bukan sentiasa ada," katanya selepas sesi pertemuan antara peminat dan pemain Tottenham Hotspur di sebuah hotel di sini hari ini.
Kelab penyokong pasukan tersebut dari Indonesia, Thailand dan Singapura hadir pada majlis itu.
Pasukan mendapat jolokan 'The Spurs' itu akan beraksi menentang Pilihan Malaysia di Stadium Shah Alam, malam esok, sebelum meneruskan jelajah pra musim mereka ke Australia. – BERNAMA

Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Rilekslah : Penyokong Spurs ambil kesempatan temu pemain bintang"