Polis K.Kinabalu Tahan 59 Pati Filipina & Indonesia

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Polis K.Kinabalu Tahan 59 Pati Filipina & Indonesia
5/29/2015 3:44:40 AM

KOTA KINABALU – Polis menahan 59 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu di tiga lokasi rumah setinggan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata kesemua PATI itu ditahan itu merupakan sebahagian daripada 133 individu yang diperiksa di rumah setinggan Kampung Sekoli, Telipok; rumah setinggan Sungai Darau, Menggatal; dan rumah setinggan Lorong Kumbang, Batu 7 di Inanam.

PATI yang ditahan terdiri daripada 42 warga Filipina dan 17 warga Indonesia, katanya dalam kenyataan hari ini.

Chandra berkata polis turut menahan empat lelaki yang didapati positif dadah.

Operasi yang berakhir pada 7 pagi itu membabitkan enam pegawai dan 86 anggota terdiri daripada pelbagai agensi penguatkuasaan, katanya. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Polis K.Kinabalu Tahan 59 Pati Filipina & Indonesia"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info