AS Tawar Bantuan Siasat Penemuan Kubur Besar Migran

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

AS Tawar Bantuan Siasat Penemuan Kubur Besar Migran
5/29/2015 2:56:50 AM

KUALA LUMPUR – Pihak keselamatan Amerika Syarikat (AS) bersedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan penemuan 139 kubur dan 28 kem di Wang Kelian, Perlis yang dipercayai digunakan untuk aktiviti penyeludupan manusia.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan media memberitahu, tawaran itu dibuat oleh Setiausaha Keselamatan AS, Jeh Johnson dalam satu pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di negara tersebut.

"Menteri Dalam Negeri sedang melakukan lawatan rasmi ke AS sejak 26 Mei hingga 1 Jun 2015. Tujuan lawatan adalah untuk menghadiri sesi `United Nations Security Council on Foreign Terrorist Fighters' di New York yang dijadualkan pada 29 Mei 2015.

"Hasil dari perbincangan dengan Johnson, pihak AS telah menyatakan persediaan mereka untuk memberi bantuan forensik bagi membantu PDRM dalam penemuan kubur migran di Perlis baru-baru ini," kata kenyataan itu hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini mengesahkan penemuan 139 kubur pelbagai saiz di kawasan seluas 11 kilometer persegi di Gunung Perlis.

Pihaknya juga turut menemui satu mayat yang hampir reput dan sejumlah 28 khemah yang dipercayai pernah digunakan sindiket pemerdagangan dan penyeludupan manusia yang ditinggalkan kosong sejak beberapa bulan lalu.

Mengikut KPN, penemuan itu adalah susulan daripada Ops Wawasan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) yang dijalankan pihaknya sejak 11 Mei lalu. – mynewshub.cc

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "AS Tawar Bantuan Siasat Penemuan Kubur Besar Migran"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info