Nabil Nafi Ambil Steriod Untuk Dapatkan Bentuk Tubuh "Sado" Dalam Masa Yang Singkat

 

 

Siakap Keli News

Nabil Nafi Ambil Steriod Untuk Dapatkan Bentuk Tubuh "Sado" Dalam Masa Yang Singkat
5/27/2015 3:37:00 AM



WAH! terkejut SK melohat gambar terbaru pelakon dan pelawak, Nabil Ahmad kerana gambar terbaru Nabil ini dilihat begitu berbeza dangan penampilan beliau sebelum ini.

Mana tidaknya dalam masa yang singkat Nabil kini tambil dengan imej badannya yang baru yang sasa atau 'sado'.

Kerana perubahan Nabil yang begitu cepat, maka ramailah orang yang mula memberi tanggapan negatif terhadapnya di mana ada yang menuduh Nabil mengambil steriod bagi mempercepatkan efek badan 'sado'nya ini.

Nabil bagaimanpun tampil menajwab tuduhan itu, dia sebaliknya memberitahu telah menghabiskan kira-kira RM22 ribu dalam masa dua bula untuk tampil dengan bentuk tubuh idamannya itu.

Menurut Nabil dia hanya menjaga pengambilan makan dan mengamalkan tidur yang teratur.

Memetik kenyataan portal Astro Gempak, "Saya tidak berani mengambil barang terlarang seperti steroid sebab banyak kesan sampingan yang buruk. Cukup sekadar jaga pemakanan dan tidur yang cukup."

Nabil menegaskan, kejayaannya mendapatkan tubuh sasa itu dengan cepat kerana tidak makan nasi sudah lebih dari tiga bulan.

"Saya sudah tiga bulan tidak makan nasi dan mengamalkan tidur yang cukup. Sebenarnya kalau kita boleh amalkan dua benda ini, Insya-Allah badan kita akan sihat.

"Pemakanan kena jaga sebab itu sekarang saya hanya makan sayur, daging dan makanan tambahan berbentuk protein," katanya.

Beliau juga menjelaskan yang dia sudah menjalankan aktiviti bersenam sejak setahun lalu tetapi sengaja tidak didedahkan kepada media. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Nabil Nafi Ambil Steriod Untuk Dapatkan Bentuk Tubuh "Sado" Dalam Masa Yang Singkat"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info