Pengawet Silica Gel Amat Merbahaya Kepada Tubuh Jika Tertelan

 

 

Siakap Keli News

Pengawet Silica Gel Amat Merbahaya Kepada Tubuh Jika Tertelan
5/27/2015 2:42:00 AM



Jika kita membeli  kasut, dompet, makanan kering dalam tin atau pun vitamin pasti kita akan jumpa pengawet silica gel ini terdapat di dalamnya.

Apakah fungsi silica gel ini?

Silica gel ini berfungsi untuk memastikan produk yang dijual sentiasa berada dalam ek adaan kering kerana gel ini akan menyerap wap air yang berada di dalam bekas barangan. Ia dapat mengelakkan barang yang di bungkus, balut atau tin dari mengalami kelembapan berlebihan.

Beberapa produk botol vitamin jika mengadungi wap berlebihan, maka kelembapan itu akan mengganggu struktur atau merosakkan pil atau kapsul vitamin berkenaan yang berada di dalamnya.

Adakah ia merbahaya kepada kesihatan kita?

Memetik di dalam web Howstuffworks, silica gel ini boleh menyerap 40% dari berat air jika ia berada di dalam tubuh manusia dan akan menurunkan kelembapan relatif.

Akibatnya jika seseorang itu tertelan silica gel ini matanya akan menjadi kering


Selain itu jika seseorang tertelan silika gel akan mengalami mata kering, gatal, sakit, selaput lendir serta rongga hidung alan kering dan akan mengalami sakit perut.

Meskipun badan yang mengawasi makanan dan ubat-ubatan Amerika Serikat (FDA) mengklasifikasikan silika gel ke dalam kategori selamat (Generally Recognized as Safe/GRAS), tapi semua pek silika gel yang terdapat di dalam kotak barangan mesti mempunya label amaran atau simbol bahaya.

Sebab itu jika tertelan ia akan mengganggu kitaran tunbuh yang menyebabkan rasa mual, sembelit atau muntah.

Pengawet ini mengandung kobalt klorida yang yanig bersifat karsinogenik dan menyebabkan iritasi pernafasan. Jika tertelan, maka harus segera dibawa ke hospital berdekatan untuk dirawat.

Jika tertelan gel ini cepat-cepat minum air yang banyak bagi mengelakkan dehidrasi kerana tindak balasnya yang menyerap cairan tubuh kerana 70% dalam badan manusia ialah air. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Pengawet Silica Gel Amat Merbahaya Kepada Tubuh Jika Tertelan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info