Siti Nurhaliza Luah Rasa Kecewa Difitnah Sudah Bercerai

 

 

Siakap Keli News

Siti Nurhaliza Luah Rasa Kecewa Difitnah Sudah Bercerai
5/27/2015 5:11:00 AM

Ini bukan pertama kali penyanyi terkenal, Siti Nurhaliza difitnah telah bercerai dengan suaminya.

Meskipun berulang kali menafikan gosip berkenaan, namun ia nampaknya masih berterusan.

Menurut Rotikaya hari ini melaporkan, sebuah blog tempatan sekali lagi mencetuskan tuduhan kononnya rumah tangga Siti dan Datuk Khalid sedang bergoyang.

Bagaimanapun, ia sekali lagi pantas dinafikan oleh penyanyi tersebut menerusi luahan kekesalannya di laman sosial Instagram.

"Ya Allah , hanya Dikau yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Dikau berilah hukuman sebaik baiknya buat pemfitnah yang menyebarkan fitnah ini. Semoga mereka kembali ke jalan yang benar. Amin Ya Rabb," demikian memetik posting Siti.

Kakak ipar Siti, iaitu Rozi turut memuatnaik gambar yang sama, dengan menegaskan fitnah tersebut sekaligus mencalarkan maruah dan perasaan Siti dan keluarganya. — Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Siti Nurhaliza Luah Rasa Kecewa Difitnah Sudah Bercerai"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info