Hormati agama dan budaya antara satu sama lain – Najib

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Hormati agama dan budaya antara satu sama lain – Najib
5/29/2015 2:13:24 PM

Hormati agama dan budaya antara satu sama lain – Najib

NAJIB meraikan ulang tahun Huazong bersama-sama para penerima pingat pada majlis makan malam penghargaan Huazong di sini malam tadi. – Foto Zulfadhli Zulkifli

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata semua rakyat Malaysia mesti menghormati agama dan budaya antara satu sama lain bagi mengekalkan kestabilan dan keamanan di negara ini.

Beliau berkata rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama juga perlu menolak sebarang bentuk ekstremisme untuk mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

"Kita perlu meneruskan kesederhanaan dalam negara ini. Saya percaya bahawa kita perlu menolak sebarang bentuk ekstremisme, sama ada mengenai agama atau kaum.

"Kita perlu saling menghormati agama dan budaya antara satu sama lain serta setiap kumpulan etnik. Sebagai Perdana Menteri, saya percaya saya perlu mewakili semua masyarakat dan etnik di dalam negara ini," katanya berucap pada Majlis Makan Malam Penghargaan Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Huazong) di sini malam tadi.

Majlis itu diadakan bagi menghargai penyumbang dana untuk pembinaan bangunan baharu Huazong.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden Huazong Tan Sri Pheng Yin Huah.

NAJIB hadir di majlis makan malam penghargaan Huazong di sini malam tadi. – Foto Sairien Nafis

Najib berkata penderma akan menerima pengecualian cukai berjumlah RM43 juta.

"Saya percaya dengan bangunan baharu ini, Huazong boleh memainkan peranan yang lebih efektif untuk Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi dalam tahun 2020," katanya.

Kerajaan juga menyumbang RM5 juta untuk membantu pembinaan bangunan baharu Huazong," katanya.

Beliau berkata pembinaan bangunan 12 tingkat bernilai RM80 juta itu di Kajang dijangka siap Oktober atau November tahun ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata sikap segelintir pemborong dan peruncit yang tamak dan mahu mengaut keuntungan berlebihan menjadi punca utama rasa tidak puas hati rakyat terhadap pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Najib berkata, beliau percaya rakyat akan dapat menerima pelaksanaan GST dengan hati terbuka secara berperingkat jika peniaga dan pemborong lebih bertanggungjawab.

Katanya, GST bukan cukai tambahan diperkenalkan kerajaan, sebaliknya menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang sedia ada sebelum ini.

"Golongan pemborong dan peniaga sengaja menggunakan alasan pelaksanaan GST untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan walaupun mereka tidak lagi dikenakan SST.

"Mereka juga tidak mengendahkan arahan kerajaan supaya menurunkan harga sesetengah barang selepas SST dihapuskan, sebaliknya terus menaikkan harga. Berikutan itu, GST terus dipersalahkan sebagai punca kenaikan harga barang dan perkhidmatan walaupun GST lebih baik berbanding SST," katanya.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Hormati agama dan budaya antara satu sama lain – Najib"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info