Empat Terlibat Curi Kereta Diberkas Di Puchong

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Empat Terlibat Curi Kereta Diberkas Di Puchong
5/28/2015 3:10:45 AM

SHAH ALAM – Polis Selangor menahan empat individu termasuk dua wanita kerana disyaki terlibat dalam kegiatan curi kereta dan pecah rumah dalam satu serbuan di Bandar Kinrara, Puchong, Selasa lepas.

Ketua Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata tangkapan itu dibuat selepas polis menerima laporan kehilangan sebuah kereta jenis Volkswagen Golf GTI di USJ 9, Subang Jaya pada 30 April lepas.

"Kesemua suspek yang berumur 30 dan 36 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Jalan BK5/5A, Bandar Kinrara, Puchong bersama empat buah kereta termasuk sebuah Volkswagen yang disyaki dicuri dalam kejadian pecah rumah pada 30 April lepas," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan ke atas empat suspek tersebut turut membawa kepada penemuan dua buah lagi kenderaan di sebuah rumah di Bandar Kinrara 5, Puchong, kira-kira pukul 2 petang, semalam.

"Selain Volkswagen, lima lagi kenderaan yang dirampas (polis) itu terdiri daripada kereta jenis Volvo, Honda dan Perodua yang dicuri di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

"Modus operandi kumpulan ini ialah memecah masuk rumah mangsa…kemudian mengambil barang berharga serta kunci kereta milik mangsa sebelum melarikan kenderaan berkenaan," katanya.

Mohd Adnan berkata suspek juga bertindak menukar nombor chasis, nombor pendaftaran serta memperbaharui cukai jalan kenderaan tersebut sebelum menjualnya.

Sehubungan itu katanya, polis akan turut menyiasat sekiranya terdapat penglibatan pihak berkuasa dalam kegiatan berkenaan.

"Dengan penangkapan mereka juga, polis telah berjaya menyelesaikan 10 kes curi kenderaan di Selangor dan Kuala Lumpur.

"Kesemua suspek ini direman empat hari sehingga esok untuk siasatan lanjut dan kes ini kita siasat mengikut Seksyen 457 dan 379(A) Kanun Keseksaan," katanya. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Empat Terlibat Curi Kereta Diberkas Di Puchong"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info