Dua Lagi Mayat Dikeluarkan Dari Hutan Wang Kelian

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Dua Lagi Mayat Dikeluarkan Dari Hutan Wang Kelian
5/27/2015 8:54:55 AM

KUALA LUMPUR – Dua lagi mayat dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia dikeluarkan hari ini dari sebuah kem sementara di hutan bukit Wang Burma bersempadan dengan Thailand.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata kedua-dua mayat itu, yang lengkap berkapan dikeluarkan pada 12.15 tengah hari.

"Ia ditemui berhampiran dengan kubur rangka mayat yang dikeluarkan semalam. Kedua-dua rangka mayat itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah pada 3.10 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dengan penemuan dua lagi mayat hari ini, jumlah keseluruhan mayat yang telah dikeluarkan setakat ini ialah empat, dengan mayat pertama yang reput ditemui pada Isnin dan kedua semalam lengkap berkapan.

Isnin lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur di 28 kem sementara sindiket pemerdagangan manusia antara Kampung Wai di Kuala Perlis hingga Tangga 100 di Felcra Lubuk Sireh, sepanjang 11 kilometer.

Menurut kenyataan itu, Pasukan Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia masih meneruskan misi menggali lokasi yang dipercayai kubur PATI dan mengeluarkan rangka mayat. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Dua Lagi Mayat Dikeluarkan Dari Hutan Wang Kelian"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info