Nelayan Diseru Ceburi Perniagaan Industri Perikanan

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Nelayan Diseru Ceburi Perniagaan Industri Perikanan
5/27/2015 6:26:56 AM

LUMUT – Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyeru nelayan agar menceburi bidang perniagaan terutama dalam rangkaian industri perikanan bagi meningkatkan ekonomi mereka.

Beliau berkata selain menangkap ikan, nelayan seharusnya mencari peluang dalam bidang perniagaan untuk merubah nasib mereka sekali gus mengatasi penguasaan orang tengah terhadap rantaian pemasaran perikanan.

"Kerajaan mahu melihat nelayan berubah melalui transformasi yang mana nelayan bukan sahaja terlibat dalam sektor penangkapan ikan malah rantaian industri perikanan, termasuk memasarkan sendiri ikan ke pasar.

"Kerajaan juga mengalakkan nelayan terlibat dalam bidang perniagaan seperti membekalkan peralatan perkapalan, membaiki kapal dan peralatan untuk menangkap ikan seperti bot, enjin dan pukat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan negeri ke-30 di sini pada Rabu.

Turut hadir Ketua Pengarah Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) Sallehhuddin Hassan dan Pengarah LKIM negeri Hosni Ahmad.

Tajudin berkata ini adalah dasar kementerian, tetapi jika nelayan tidak mahu terlibat, matlamat untuk memperbaiki ekonomi golongan itu tidak akan tercapai.

Sejumlah 200 wakil nelayan dari seluruh Perak menyertai mesyuarat itu, yang diadakan setiap tahun bagi membincangkan kepentingan golongan berkenaan.

Pada mesyuarat itu, Persatuan Nelayan Negeri Perak menyumbang sebanyak RM2,000 kepada tujuh persatuan nelayan kawasan.

Tajudin, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, turut mengulas keengganan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menerima pelarian Muslim Rohingya untuk ditempatkan sementara di negeri itu.

"Isu Rohingya ini menunjukkan gambaran sebenar sikap DAP yang mana ia seolah-olah tidak penting buat mereka, tidak seiring dengan slogan mereka yang ingin membela hak asasi dan kemanusiaan," katanya.

Tajudin berkata kerajaan Malaysia dan Indonesia telahpun memutuskan untuk memberi perlindungan sementara selama setahun kepada 7,000 pelarian terbabit.

"Hal ini membuktikan kerajaan pusat mahu membantu pelarian tersebut, tidak seperti pembangkang yang membawa slogan kemanusiaan tetapi enggan membenarkan pusat tahanan di tanah milik kerajaan Pulau Pinang.

"Kalau tidak ada kepentingan untuk mereka, jangan harap mereka akan membantu kerana sebenarnya mereka tidak peduli masalah orang lain jika tidak memberi keuntungan kepada mereka," katanya. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Nelayan Diseru Ceburi Perniagaan Industri Perikanan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info