Adakah Sushi King Mempunyai Status Halal? Ikuti Jawapan Dari Jakim Ini

 

 

Siakap Keli News

Adakah Sushi King Mempunyai Status Halal? Ikuti Jawapan Dari Jakim Ini
5/28/2015 9:07:00 AM


Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan penarikan sijil halal sebuah restoran terkenal, Secret Recipe kerana gagal mematuhi piawaian kebersihan yang serius.

JAKIM baru-baru ini membuat satu kenyataan bahawa sebuah restoran sushi terkemuka di negara ini, Sushi King, tiada status halal.

JAKIM membuat kenyataan itu melalui Twitter rasminya, @JAKIM_Official, setelah soalan mengenai status halal Sushi King dikemukakan oleh seorang pengguna Twitter, @iFaraAidi.

"@iFaraAida Sushi King tiada status halal setakat ini.", tulis JAKIM di tweet tersebut.

Walau bagaimanapun, pihak JAKIM tidak menyatakan sebarang sebab mengapa restoran itu tidak mempunyai status halal.

Menurut FAQ dari Sushi-King.com pula mengenai status halal JAKIM mereka, sememangnya mereka tidak mempunyai sijil halal namun dalam masakan mereka hanya menggunakan daging ayam, lembu yang halal.

Selain itu tiada penggunaan mirin yang mana mengandungi bahan beralkohol dan segala masakan adalah bebas dari daging babi. — Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Adakah Sushi King Mempunyai Status Halal? Ikuti Jawapan Dari Jakim Ini"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info