120 pemain beraksi golf Piala P.194 di Sarawak

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

120 pemain beraksi golf Piala P.194 di Sarawak
5/26/2015 5:25:30 PM

120 pemain beraksi golf Piala P.194 di Sarawak

ABANG Khalid menunjukkan piala pusingan pertandingan tersebut di Kelab Golf Sarawak hari ini. – foto BERNAMA

KUCHING: Sejumlah 120 pemain akan menyertai Kejohanan Golf Piala P.194 2015 di Kelab Golf Sarawak, Petra Jaya pada 30 Mei ini.

Kejohanan edisi ke-10 itu bakal menyaksikan saingan sengit dengan setiap pemain akan merebut Piala P.194 atau lebih dikenali sebagai Piala Datuk Seri Haji Fadillah Yusof.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Pertandingan Datuk Abang Khalid Abang Marzuki berkata tiga kategori akan dipertandingkan kali ini iaitu berkumpulan, individu dan tetamu jemputan.

"Bagi kategori berkumpulan membabitkan penyertaan tiga pasukan dari kawasan Parlimen Petra Jaya iaitu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.6 Tupong, DUN N.7 Semariang dan DUN N.8 Satok dengan setiap pasukan akan mendaftar 30 pemain.

"Sementara bagi kategori individu, kesemua 30 pemain dari kawasan masing-masing dan 30 tetamu jemputan yang terdiri daripada VIP dan penaja akan menyertai kategori itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abang Khalid berkata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga anggota Parlimen Petra Jaya akan merasmikan kejohanan tersebut, manakala penyampaian hadiah bakal disempurnakan Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak yang juga ADUN Satok Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata antara hadiah yang bakal dimenangi pada pertandingan kali ini ialah sebuah motosikal Harley Davidson 883R, sebuah motosikal KTM Duke 390 serta barangan elektrik, antaranya dua unit televisyen LED berukuran 50 inci. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "120 pemain beraksi golf Piala P.194 di Sarawak"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info