MENDIDIK dan menjaga anak-anak sememangnya tugas wajib ibu bapa.


Namun, di zaman serba moden ini ibu bapa pastinya mempunyai jadual harian yang padat disebabkan kerja dan ini menyebabkan masa berkualiti bersama keluarga menjadi terhad.


Perkara ini membuatkan banyak pasangan suami isteri yang bekerja memilih ‘pihak ketiga’ iaitu mengambil pembantu rumah bagi memudahkan segala urusan.


Sebut bab pembantu rumah, pernahkah anda terfikir mereka ini kadangkala lebih mengenali anak anda berbanding ibu sendiri?


Melalui satu temuramah yang telah dijalankan di Singapura antara ibu, pembantu rumah dan anak, hasilnya mungkin boleh buat seorang ibu berasa sebak dan bersalah.


Jom saksikan.