Hotel dan Kedai Makan Tidak Boleh Kenakan Caj Perkhidmatan Tanpa Perjanjian

Tanpa Perjanjian, Hotel dan Kedai Makan Tidak Boleh Kenakan Caj Perkhidmatan | PUTRAJAYA: Berkuatkuasa hari ini, semua restoran dan hotel tidak lagi dibenarkan mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan sekiranya tidak mempunyai perjanjian bersama antara pekerja dan majikan.



Peniaga juga diwajibkan mempamerkan notis perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan, sekiranya mahu mengenakan caj perkhidmatan.



Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad berkata perkara itu akan dilaksanakan sehingga satu dasar baru diwujudkan.








Hotel dan Kedai Makan Tidak Boleh Kenakan Caj Perkhidmatan Tanpa Perjanjian
KPDNKK mengarahkan peniaga dalam sektor perhotelan dan restoran untuk tidak lagi mengenakan caj perkhidmatan berkuatkuasa hari ini. – Gambar Fail



Jelasnya pemberi perkhidmatan perlu menjelaskan alasan mengenakan caj perkhidmatan kepada pengguna.



“Pihak pemberi mesti tahu apa perkhidmatan yang dia dapat, kalau self service, service apa yang dia (peniaga) nak caj?



“Itu adalah hak pengguna untuk membuat keputusan dan tiada kadar caj perkhidmatan yang ditetapkan,” katanya dalam sidang media di Kementerian Kewangan di sini hari ini.



Caj perkhidmatan atau tips merupakan amalan antarabangsa, di luar mana-mana kawalan dan terikat antara pengguna dan pemberi perkhidmatan.



“Setakat ini tiada badan yang mengawal selia isu caj perkhidmatan di Malaysia dan kerajaan menghadapi kekangan kerana tiada badan mengawal selia dan akta khusus



“Oleh itu, pentadbiran saya mengeluarkan arahan ini,” katanya.



Alias turut memaklumkan satu kumpulan kerja sudah diwujudkan melibatkan KPDNKK, Kementerian Kewangan dan Kementerian Sumber Manusia bagi meneliti dan mengkaji caj perkhidmatan di negara ini lapor Astro Awani.
0 Komentar untuk "Hotel dan Kedai Makan Tidak Boleh Kenakan Caj Perkhidmatan Tanpa Perjanjian"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info