'Saya Belum Sedia Untuk Bercakap' - Isteri Jamaluddin Jarjis


Komen Isteri Jamaluddin Jarjis



Isteri Jamaluddin Jarjis Belum Sedia Bercakap | “Saya belum bersedia untuk bercakap,” kata isteri Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Puan Sri Dr Kalsom Ismail.



Hanya perkataan itu yang dapat diucapkannya semasa ditemui pemberita selepas jenazah suaminya dikebumikan di Masjid Negara di sini Ahad.



Turut hadir pada pengebumian itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob serta anggota keluarga dan kira-kira 1,000 tetamu.



Sementara itu, Abdullah berkata Allahyarham Jamaluddin, anggota Parlimen Rompin itu adalah seorang yang baik dan sumbangannya kepada negara akan sentiasa dikenang. Sementara itu, bekas menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang turut hadir pada pengebumian Allahyarham berkata beliau mengenali Allahyarham sebagai seorang yang pemurah dan sentiasa ceria.



“Kali terakhir saya berbual dengannya semasa di Parlimen dua minggu lalu apabila kami berbincang mengenai Akta Racun berhubung Ketum, kami juga bercakap mengenai projek Perumahan Rakyat 1Malaysia dan bagaimana dapat mempercepatkan prosesnya,” katanya.



Jamaluddin, 63, terkorban apabila helikopter AS365N2 Dauphin yang dinaikinya dalam perjalanan pulang daripada menghadiri kenduri kahwin anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang, terhempas pada pukul 4.45 petang Sabtu.



Turut terkorban ialah Juruterbang Kpt Clifford William Fournier; Pembantu Operasi Aidana Baizieva; ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang; Azlin, dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran lapor Siakap Keli.
0 Komentar untuk "'Saya Belum Sedia Untuk Bercakap' - Isteri Jamaluddin Jarjis"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info