Video: Detik Cemas Penerjun Payung Terjun Terkena Sawan Semasa Di Udara



MENDEBARKAN! itulah kata-kata yang dapat admin nyatakan apabila melihat video ini yang menunjukkan seorang lelaki sedang mengalami sawan semasa berada pada ketinggian 9,000 kaki di udara.

Dalam video tersebut yang telah menjadi viral dimana menunjukkan seorang lelaki yang terkena sawan dan hilang kawalan semasa di udara jatuh dengan laju tetapi tindakan pantas ‘jumpmaster’ yang memantau aktiviti sempat menarik tali pembuka paracut bagi menyelamatkan nyawa lelaki itu.


Dalam video tersebut lelaki yang merupakan peserta pertama yang terjun mula tidaks edarkan diri selepas 30 saat dan kembali seditkit sedar selepas berada 3000 kaki diudara.

Beliau akhirnya selamat mendarat dan amat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup.

Ini mungkin satu pengalamat yang pasti beliau tidak dapat lupakan sampai bila-bila kerana kecelakaan boleh berlaku dalam sekelip mata jika tidak dipantau oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang ini. - Siakapkeli.com.my

0 Komentar untuk "Video: Detik Cemas Penerjun Payung Terjun Terkena Sawan Semasa Di Udara"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info