Tentera Israel mengganas, 11 cedera



RAMALLAH - PALESTIN. Sekurang-kurangnya 11 penduduk Palestin cedera manakala tiga lagi ditahan selepas tentera rejim Zionis bertindak ganas menyerang kumpulan penunjuk perasaan di Tebing Barat, kelmarin.

Media tempatan melaporkan puluhan penunjuk perasaan itu mengadakan protes di kampung Nabi Salih terletak kira-kira 20 kilometer di barat laut Ramallah sebagai membantah projek penempatan haram dan tembok pemisah di sepanjang wilayah Tebing Barat.

Situasi menjadi tegang apabila tentera Israel bertindak ganas dengan melepaskan gas pemedih mata, bom tangan pegun dan peluru hidup ketika cuba menyuraikan kumpulan protes tersebut.

Dalam kejadian berasingan, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun cedera selepas pihak berkuasa rejim Zionis bertindak melepaskan tembakan rambang ke arah lebih 100 penunjuk perasaan yang mengadakan bantahan di kem pelarian Jalazone kira-kira 7 kilometer dari utara Ramallah. - Press TV

0 Komentar untuk "Tentera Israel mengganas, 11 cedera"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info