Pesawat British Airways Berpatah Balik Kerana Tandas Berbau



KERANA bau yang kurang menyenangkan dari tandas di atas sebuah pesawat British Airways menyebabkan pesawat tersebut terpaksa berpatah balik.

Pesawat tersebut yang berlepas dari lapangan terbang Landon 30 minit untuk ke Dubai selepas bau busuk dari tandas menyebabkan para penumpang terganggu dan gagal di selesaikan oleh kru pesawat tersebut.


Menurut seorang penumpang yang merupakan anggota majlis perbandaran di Hertfordshire, Coun Sachdev, pesawat tersebut terpaksa ditunda selama 15 jam sebelum berlepas semula.

“Gila! Penerbangan British Airways yang dinaiki kami untuk ke Dubai terpaksa berpatah balik ke Heathrow kerana bau busuk dalam tandas. 15 jam lagi untuk penerbangan berikutnya,” katanya meluahkan rasa tersebut dalam Twitter miliknya.

Coun Sachdev berkata para penumpang dimaklumkan pesawat terpaksa berpatah balik ke London atas sebab kesihatan dan keselamatan.

“Juruterbang memberitahu ianya langsung tiada kaitan dengan masalah teknikal,” katanya.

Pihak British Airways telah tampil membuat permohonan maaf kepada para penumpang yang merupakan pelanggan mereka diatas masalah yang berlaku.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi para pelanggan. Kami menyediakan mereka kemudahan penginapan di hotel dan telah menggantikan penerbangan lain pada hari berikutanya dengan pesawat lain,” katanya. - Siakapkeli.com.my

0 Komentar untuk "Pesawat British Airways Berpatah Balik Kerana Tandas Berbau"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info