KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang anggota polis berusia 28 tahun yang berhadapan dengan dakwaan rasuah.


Bahagian Komunikasi Strategik SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, anggota polis berpangkat Lans Koperal itu dikenali sebagai Mohd. Firdaus Abdullah.


“SPRM sedang mengesan OKT (orang kena tuduh) ini untuk tujuan sebutan kes di mahkamah.


“Alamat terakhir di Taman Desa Relau 2, Relau, Bayan Baru, Pulau Pinang,” kata kenyataan itu hari ini.


Menurut SPRM, ketidakhadiran OKT itu menyebabkan kes berkenan tidak dapat berjalan dan selesai dengan cepat.


Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi SPRM.


- MYNEWSHUB.CC