Nasib Lembu Miliki 2 Muka


Lembu Miliki 2 Muka



Lembu 2 Muka Kena Jual | Queensland (Australia): Seorang ejen ternakan mencetuskan kejutan apabila membawa lembu jantan dengan dua muka untuk dilelong di bandar Mareeba, semalam.



Lembu dibawa Jack ‘Jacko’ Shephard itu memang unik dengan dua wajah yang bertindih malah satu mata, sebatang gigi serta hidung yang berfungsi melengkapi muka di bahagian atas.

Lembu itu dijamin sihat dan berkeadaan baik oleh pihak penganjur.



Ejen jualan Mark Peters berkata haiwan berkenaan hanya memiliki dua muka dan berada dalam keadaan yang amat baik.



Menurut Shephard, haiwan bermuka dua itu mendapat perhatian dan pandangan pelik daripada pengunjung.



“Saya tidak pernah melihat lembu berwajah dua sepanjang 17 tahun bekerja dalam bidang ini walaupun pernah menyaksikan beberapa perkara luar biasa,” katanya.



Lembu seberat 440 kilogram itu dijual dengan harga A$537 (RM1,500). Bagaimanapun, nasib lembu itu tidak begitu baik kerana dibeli rumah sembelihan. - Agensi
0 Komentar untuk "Nasib Lembu Miliki 2 Muka"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info