Hampir 700 Koala Dibunuh Di Australia Sebab Banyak Sangat

MELBOURNE  Hampir 700 koala dibunuh oleh pihak berkuasa kawasan tenggara Australia, kerana jumlah haiwan tersebut semakin bertambah, lapor media tempatan.

Jumlah koala yang meningkat itu menyebabkan ramai antara mamalia tersebut mengalami masalah kekurangan zat bekalan makanan secara semula jadi di habitat mereka.

Menteri Alam Sekitar Negeri Victoria, Lisa Neville mengesahkan hal itu dan kebanyakan koala yang terpaksa dibunuh itu direkodkan di taman negara Great Cape Otway.

Beliau bagaimanapun menegaskan, kerajaan sudah meminta nasihat daripada pakar hidupan liar antarabangsa untuk menangani masalah sistem ekologi yang dihadapi.

Yayasan Kehidupan Liar Australia menganggarkan lebih 100,000 koala hidup bebas di beberapa negeri di Australia dan menjadi simbol rasmi ikon negara itu selain kanggaru.

Langkah pembunuhan itu juga dibuat ekoran bilangan besar haiwan tersebut tidak ideal sehingga menyebabkan banyak koala mati kebuluran akibat tidak cukup makan. – AFP

0 Komentar untuk "Hampir 700 Koala Dibunuh Di Australia Sebab Banyak Sangat"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info