Lelaki Sengaja Tendang Wanita Di Tepi Jalan


Lelaki Sengaja Tendang Wanita Di Tepi Jalan



Video Lelaki Ditahan Sengaja Tendang Wanita Di Tepi Jalan | SEORANG lelaki dipercayai sengaja menendang seorang wanita di tepi jalan di Sepanyol, ditahan pihak polis serta-merta selepas video perlakuannya itu tersebar selepas dimuatnaik oleh kawannya.



Dalam video berkenaan, Mario Garcia Montealegre, 24, yang berada di Barcelona ketika itu, kelihatan mengira menggunakan jarinya sebelum bertindak melakukan perbuatan itu.



Selepas rakaman tersebut menjadi viral, pihak polis Sepanyol memohon orang ramai membantu siasatan dengan memberi info untuk mengenalpasti suspek.



Namun, sebelum siasatan bermula, Mario bertindak menyerah dirinya di balai polis.



Mangsa yang tidak didedahkan identiti dirinya, dipercayai seorang wanita berusia 48 tahun yang telah membuat laporan polis selepas kejadian itu.



Memang patut ditangkap pun, tak bertamadun langsung!



0 Komentar untuk "Lelaki Sengaja Tendang Wanita Di Tepi Jalan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info