Lelaki Gila Talak Langgar, Cuba Culik Bekas Isteri

Malang bagi seorang wanita setelah dipercayai diculik dan dilanggar bekas sauminya sendiri di Jalan Bukit Pinang, Alor Setar, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, mangsa, Rorniza Fadzil telah cedera di bahagian kepala, badan serta kaki.

Ketika kejadian, Rorniza sedang menunggang motosikal sebelum dilanggar dari arah belakang oleh kereta dikatakan dipandu oleh bekas suaminya.

Kemudiannya dia ditarik masuk ke dalam kereta dan cuba melepaskan diri daripada suspek sebelum dilanggar sebuah kenderaan lain.

Mangsa yang dilaporkan masih kritikal dan koma menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Bagaimanapun, bekas suami mangsa yang dipercayai suspek kes culik dan langgar wanita berkenaan berjaya ditahan awal pagi tadi di sebuah rumah di Baling.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan, suspek berusia 53 tahun ditahan kira-kira jam 4 pagi tadi bagi membantu siasatan.

“Suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.

Selain itu, mangsa juga dilaporkan sering diganggu dan diugut suspek sejak mereka bercerai kira-kira tujuh bulan lalu. - Siakapkeli.com.my

0 Komentar untuk "Lelaki Gila Talak Langgar, Cuba Culik Bekas Isteri"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info