Kongsi Keburukan Fluorida Dalam Ubat Gigi, Afdlin Shauki Buat Para Doktor Gigi Tampil Kongsi Pendapat


Abang Nara memang tak suka dengan orang yang suka-suka forward mesej di email, Facebook atau pun Whatsapp. Entah betul ke tidak mesej yang dihantar itu. Kebanyakannya memang tidak tepat, telah ditukar fakta dan mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Terbaru menerusi Facebooknya, Afdlin Shauki telah berkongsi perkongsian seorang kawannya tentang keburukan fluorida di dalam ubat gigi. Natijahnya, para doktor gigi seMalaysia telah tampil membetulkan apa yang dikongsikan oleh pelawak ini.
afdlin shauki


Abang Nara bila baca apa yang dikongsi oleh Afdlin ini pun dah sangsi dah. Kalau betul fluorida berbahaya, takkanlah Persatuan Doktor Gigi Malaysia (kalau ada persatuan ini) boleh buat tak tahu. Malah setiap kali Abang Nara pergi jumpa dentist pun, tak ada pula dia tanya jenis ubat gigi yang digunakan. Iyerlah kalau betul berbahaya mestilah mereka yang pakar (doktor gigi) akan bagi amaran terlebih dahulu. Ini adalah apa yang ditulis oleh Afdlin Shauki menerusi akaun Facebooknya.


afdlin


Tidak mahu perkongsian Afdlin Shauki diterima bulat-bulat tanpa sebarang penyelidikan, beberapa orang doktor gigi telah tampil memberikan pendapat mereka di ruangan komen laman sosial pelawak itu. Antara komen yang menarik ialah:-


afdlin


Banyak lagi komen-komen menarik yang anda boleh baca di Facebook Afdlin Shauki. Ada yang menyokong dan ada yang menyindir. Ada yang beri fakta, ada yang menyokong membabi buta. Namun agak pelik apabila Afdlin Shauki memaklumkan yang dia kini sedang mengusahakan produk ubat gigi untuk kanak-kanak. Adakah statusnya ada serampang dua mata?


afdlin


Abang Nara pasti ada doktor gigi di antara pembaca BeautifulNara ini. Silalah kongsikan pendapat anda. Betul ke apa yang dikatakan oleh Afdlin atau ini hanya fitnah semata-mata?

0 Komentar untuk "Kongsi Keburukan Fluorida Dalam Ubat Gigi, Afdlin Shauki Buat Para Doktor Gigi Tampil Kongsi Pendapat"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info