Isu Shila Amzah Kena Gam Pihak Televisyen Di China


Shila Amzah Kena Gam Pihak Televisyen Di China



Shila Amzah ‘Digam’ Pihak Televisyen Di China? | BELUM pun surut konflik Shila Amzah dengan beberapa wartawan hiburan tempatan, timbul pula berita kurang enak mengenai pelantun Patah Seribu ini.



Secara tiba-tiba khabar angin mendakwa Shila Amzah digam pihak televisyen di China bertiup kencang.



Memetik laporan portal Roti Kaya, Insiden ini muncul apabila seorang peminat hiburan di forum Cari mendakwa gosip itu berlegar dalam forum negara berkenaan (China).



Shila Amzah Kena Gam Pihak Televisyen Di China



Menjawab isu ini, bapa Shila iaitu ND Lala tampil menyangkal dakwaan khabar angin yang tersebar mengenai anaknya itu.



“Bagi saya, semua orang mempunyai kebebasan untuk berkata-kata. Contohnya ketika insiden MH370 tahun lalu, ramai orang kata Shila tidak diterima di China sedangkan kami dilayan sangat baik. Begitu juga dengan perkara ini.



“Kadang-kala orang yang menyebarkan perkara ini, mereka ada agenda tersendiri. Lagipun perkara sebegini bukan perkara baru. Usaha yang lebih terarah kepada perkara negatif ini sudah lama berlaku,” kata ND Lala.



Jelasnya lagi, pada Sabtu ini Shila akan bertolak ke China bagi mengadakan persembahan di Beijing TV.
0 Komentar untuk "Isu Shila Amzah Kena Gam Pihak Televisyen Di China"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info