BINTANG bola sepak kelahiran Portugal, Cristiano Ronaldo terus mencatat rekod dunia apabila tampil sebagai individu yang mempunyai pengikut paling ramai di laman sosial, Facebook.


Rekod yang tercatat ini sekaligus berjaya memintas penyanyi antarabangsa, Syakira selepas mempunyai pengikut di Facebook mencecah 107 juta.


Cristiano-Ronaldo-facebook


Penyanyi pop, Syakira yang merupakan isteri pertahanan Barcelona, Gerard Pique dikatakan ketinggalan sebanyak 5,000 pengikut di belakang bintang Real Madrid itu.


Dalam pada itu, catatan jumlah pengikut Ronaldo juga berjaya mengalahkan seteru dalam dunia bola sepak, Lionel Messi  dengan 29 juta pengikut.


Menerusi carta yang didedahkan kelab naungan Ronaldo, Real Madrid juga jauh ketinggalan dengan hanya mencatatkan 83 juta pengikut.


Tidak hanya di Facebook, pemain bola sepak berusia 30 tahun juga menjadi individu paling disukai di Twitter dengan catatan 34 juta pengikut meninggalkan rakan seangkatan, Kaka yang berada di kedudukan kedua.


Menurut satu sumber, populariti Ronaldo semakin meningkat mendadak apabila berjaya memenangi anugerah Ballon d’Or dan tampil cemerlang selepas saingan Piala dunia.