Asrama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Seksyen 16 Damansara terbakar

Petaling Jaya: Kediaman asrama lelaki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Seksyen 16 Damansara, di sini terbakar jam 3 petang tadi.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.02 petang dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dan Seksyen 7 tiba sembilan minit kemudian.

Menurutnya, laporan awal kebakaran berlaku di ruang membasuh di tingkat satu bangunan lima tingkat apabila tilam yang berada di ruang terbabit terbakar. “

Api berjaya dipadam jam 3.46 petang dan tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu. “Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

sumber - mymetro
0 Komentar untuk "Asrama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Seksyen 16 Damansara terbakar"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info