VIDEO: Obama Sindir CNN ‘Kow-Kow’ Mengenai Laporan Mereka Tentang MH370



Liputan yang dibuat oleh saluran berita CNN terhadap tragedi kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang berterusan dan makin lama semakin mengarut ternyata bukan sahaja menjengkelkan rakyat Malaysia.

Malah ia turut dijadikan bahan lawak oleh Presiden Amerika, Barrack Obama.

Ketika majlis makan malam tahunan Koresponden Rumah Putih minggu ini, Obama membuatkan seisi dewan tertawa apabila berkata:

“I am happy to be here even though I am a little jetlagged from my trip to Malaysia – the lengths we have to go to to get CNN coverage these days.” (Saya gembira berada di sini walau masih ‘jetlagged’ sebab baru sampai dari Malaysia – hari ni kita terpaksa pergi jauh untuk mendapat liputan CNN).

Obama kemudiannya menambah: “I think they’re still searching for their table.” (Rasanya mereka (wartawan CNN) masih mencari meja mereka.”

Sebelum Obama, bekas orang kuat CNN, Larry King turut mengkritik liputan keterlaluan dilakukan saluran berita tersebut terhadap kehilangan pesawat MH370.

t1larg.larry.king.cnn

King,80, menyifatkan liputan keterlaluan dilakukan CNN terhadap pesawat tersebut sebagai ‘aneh’.

Ketika temubual dengan laman web Capital New York hos TV legenda ini berkata dia merindui kerjaya lamanya berkongsi berita-berita panas seluruh dunia dengan penonton tetapi gembira dia tidak lagi bersama CNN ketika berita tentang MH370 asyik dimainkan sekarang.

Kata King, pada mulanya laporan kehilangan pesawat itu satu berita yang besar untuk dikongsikan dengan penonton tetapi lama kelamaan, laporan tentangnya semakin mengarut. 




Sumber: Mirror UK
0 Komentar untuk "VIDEO: Obama Sindir CNN ‘Kow-Kow’ Mengenai Laporan Mereka Tentang MH370"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info