Video: Lelaki Curi Pakaian Dalam Di Sri Petaling Tersebar

SATU rakaman wajah suspek yang dipercayai ada kaitan dengan beberapa kes kecurian pakaian dalam di kawasan Sri Petaling telah dikongsikan menerusi akaun Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign.
2




Rakaman kamera pengawasan bertarikh 7 Mei ini memperlihatkan suspek sedang memilih beberapa pakaian dalam untuk dicuri.








Maklumat yang diberi turut menyatakan terdapat beberapa laporan yang diterima berkenaan kes yang sama sebelum ini.

Sesiapa yang mengenali suspek diminta melaporkannya kepada pihak berkuasa secepat mungkin.



Sementara itu, dinasihatkan agar golongan wanita di kawasan tersebut tidak menjemur pakaian dalam mereka di tempat yang terbuka bagi mengelakkan berlaku lagi jenayah sebegini. -MyNewsHub
0 Komentar untuk "Video: Lelaki Curi Pakaian Dalam Di Sri Petaling Tersebar"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info