Tasha Shila Dihina Peminat Kerana Punyai Teman Lelaki Bertatu Dan Bukan Islam

Pelakon Tasha Shilla tertekan dengan komen negatif berunsur hinaan yang 


dilemparkan pengikut-pengikut laman sosialnya terhadap hubungan dia dengan 


kekasihnya,Han Chen Wong.










Tasha Shila Dihina Peminat Kerana Punyai Teman Lelaki Bertatu Dan Bukan Islam | Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abd Razak, 27, berkata, peminat


tidak wajar menjatuhkan hukuman atau mengawal segala tindak-tanduknya


melalui gambar-gambar yang dikongsi di laman sosial Instagram miliknya.





“Saya memang tertekan dengan komen-komen negatif mereka, ramai diantara 


 mereka terpaksa saya block kerana bersikap kurang ajar.





“Saya tidak perlu untuk jaga hati peminat, mereka sepatutnya memahami dan 


 bukan mengawal hubungan saya. Cukuplah keluarga saya merestui hubungan


 kami,” ujarnya kepada mStar Online.





Tasha berkata demikian ketika ditanya tentang kritikan dan komen negatif yang


 sering dilemparkan oleh pengikut-pengikut laman sosial Instagram setiap kali 


dia memuat naik gambar bersama kekasihnya.





Tasha turut memberi amaran kepada peminat yang berniat untuk menghina atau 


memberi komen negatif terhadapnya tidak perlu menjadi pengikutnya di laman 


sosial berkenaan.





Sementara itu, Tasha yang merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan 


mengakui, sedang di peringkat memahami dunia masing-masing.





Dia akui, kekasihnya yang juga peninju Muay Thai itu sedang membiasakan 
diri dengan kehidupan dalam dunia selebriti.“Pada awalnya dia agak rimas juga 


dengan perhatian orang terhadapnya. Saya pula cuba masuk dengan dunia 
Muay Thai dia, sementara dia belajar memahami dunia saya,” katanya.


Sumber : Mstar

sumber

0 Komentar untuk "Tasha Shila Dihina Peminat Kerana Punyai Teman Lelaki Bertatu Dan Bukan Islam"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info