7 Gambar & Video Peragut Dibelasah Orang Awam Di Kingfisher, Kota Kinabalu!

 

Satu kejadian ragut berlaku pada petang tadi di Kingfisher Park, Kota Kinabalu Sabah. Namun apa yang cukup membanggakan apabila tindakan seorang pemandu prihatin yang melihat kejadian itu dari belakang segera mengejar dan melanggar motor peragut berkenaan.

Akhirnya kedua-dua lelaki tersebut terjatuh dan berjaya ditahan. Orang awam yang berada di sekitar kawasan tersebut turut memberi pertolongan dan beberapa lelaki memberikan pengajaran awal dengan membelasah kedua-dua peragut tersebut.


Menurut info saksi, penjenayah tersebut telah meragut pelajar Universiti Malaysia Sabah. Taman Kingfisher memang terkenal menjadi pilihan rumah sewa pelajar UMS berikutan lokasi universiti yang dekat.

Tindakan pemilik kereta Honda City tersebut seharusnya menjadi contoh kepada rakyat Malaysia supaya sama-sama membanteras jenayah di kawasan setempat.








View the original article here


sumber

0 Komentar untuk "7 Gambar & Video Peragut Dibelasah Orang Awam Di Kingfisher, Kota Kinabalu!"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info