2 GAMBAR LELAKI WARGA SINGAPURA BUNUH DIRI DI MERLIMAU MELAKA







LAPORAN PENUH

JASIN: Seorang lelaki warga Singapura ditemui mati tergantung di atas sebatang pokok sukon di belakang rumah kediamannya di Kampung Pulai Tengah, Jasin kira-kira jam 10.00 pagi tadi.

Mangsa bernama Talib Jumaat, 52 tahun itu dikatakan berasal dari Singapura dan balik ke rumah ibunya untuk melihat isterinya yang menetap di kampung tersebut.

Ketika kejadian ibunya ingin pergi belakang rumah lalu mendapati anaknya tergantung atas pokok tidak jauh dari belakang rumahnya kira-kira 20 meter.

Mangsa yang lengkap berpakaian berbaju T dan berseluar pendek ditemui tergantung dengan lehernya diikat dengan seutas tali.

Difahamkan punca kejadian mangsa bertindak demikian kerana gagal mendapatkan wang dari ibunya sebelum membunuh diri.

Polis mendapati mangsa telah meninggal di tempat kejadian dengan kesan jerutan tali yang digantung.

Mayat mangsa kemudian di bawa ke Hospital Jasin bagi tujuan bedah siasat. - ASTRO AWANI

-------------------------------------------------------

Merlimau - Seorang lelaki ditemui mati tergantung di sebatang pokok di Kampung Serkam hari ini. 



Lelaki yang dipercayai berbangsa melayu itu bagaimanapun tidak dapat dikenalpasti apa motif sebenarnya dirinya sanggup mengambil jalan terakhir untuk menamatkan riwayat hidupnya.



Maklumat tidak rasmi mengatakan kemungkinan lelaki berkenaan menghadapi tekanan hidup.



Laporan penuh menyusul...






foto Daily Traffic Report
0 Komentar untuk "2 GAMBAR LELAKI WARGA SINGAPURA BUNUH DIRI DI MERLIMAU MELAKA"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info