MYNEWSHUB |
Berita Online Terhangat Malaysia |
Pelarian Rohingya Wajar Menerima Bantuan Zakat
6/2/2015 6:19:13 AM
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) berpendapat pelarian Rohingya yang tertindas wajar diberi bantuan zakat serta bantuan lain yang sesuai.
Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata beliau akan meminta kerjasama daripada Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam setiap negeri untuk memberi segala bentuk bantuan yang diperlukan pelarian tersebut termasuk zakat.
"Atas dasar kemanusiaan, sudah semestinya kita bantu golongan tertindas itu (pelarian Rohingya) yang juga saudara seagama," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman semalam yang berpendapat wang zakat boleh digunakan untuk membantu pelarian berkenaan.
Abdul Rahman berkata pelarian Rohingya termasuk golongan 'ar-Riqab' iaitu golongan yang 'terbelenggu dan tiada kebebasan diri' yang berhak menerima zakat selepas fakir, miskin, amil dan mualaf. – BERNAMA
Komen
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Pelarian Rohingya Wajar Menerima Bantuan Zakat"