MYNEWSHUB |
Berita Online Terhangat Malaysia |
Hantar Mesej 'Celaka' Hadi, Telefon Ketua Pemuda PAS Digodam?
6/2/2015 6:19:58 AM
KETIKA sedang melakukan ucaptama di Muktamar Pemuda Pas di Shah Alam kira-kira jam 3.35 petang tadi, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat dikejutkan dengan mesej makian "Ko ni lagi celaka" di telefon bimbit.
Terkesima dengan kata-kata kesat itu, Suhaizan menyoal individu tersebut mengapa menggelarnya sedemikian, seterusnya membongkar tindakan pihak tertentu yang telah menggodam nombor telefonnya.
Muktamar Perteguh Keazaman PAS Laksana Hudud
Rupa-rupanya, sebelum itu, nombor Suhaizan telah digunakan untuk mengirim mesej pesanan ringkas yang 'mencelakakan' Presidennya sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tulis mesej tersebut, "UNDUR HADI UNDUR! Ini masa terbaik untuk kita jatuhkan si celaka Hadi Presiden PAS yang paling tak guna."
Lantas menerusi Facebook, Suhaizan menjelaskan bahawa mesej tersebut bukan datang dari dirinya.
"Hand phone saya kena hack. Ada org hantar sms kononnya guna hp saya…"
Dalam satu lagi status di Facebook, Suhaizan memberi amaran kepada semua pihak agar tidak mempercayai mesej mencurigakan yang menggunakan nombor telefonnya.
"Askm. Handset saya kena hack. Jika dapat SMS yang mencurigakan dari nombor saya sila abaikan. Ada pihak yang mahu memalukan saya. Harap maklum."
Dalam Muktamar PAS kali ini, Suhaizan dicabar oleh Nik Mohd Abduh yang merupakan anak tokoh PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Abduh dilihat menyebelahi Abdul Hadi, manakala Suhaizan pula dikatakan bersama-sama dengan golongan pro-pakatan termasuk Ustaz Ahmad Awang, pencabar Hadi untuk jawatan Presiden.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
Muktamar PAS Jadi Penentu Hala Tuju Parti
Komen
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Hantar Mesej ‘Celaka’ Hadi, Telefon Ketua Pemuda PAS Digodam?"